" Sua Rasa TV9 di Queensbay Penang "
Hari aku wat entry pasal "Sua Rasa di Queensbay Penang " , macam biasala kalau ader program-program keluarga macam nie mesti ramai orang yang datang berkunjung untuk lihat apa yang ada di sana , banyak jugak booth jualan kat sana , macam macam gerai jualan ader kiranya kalau bawa duit banyak bolehla borong sakan kat situ.
Oleh sebab aku pergi sana pada waktu malam jadi tak banyak gerai yang buka untuk jualan, yang masih boleh di lawati hanya booth celcom, polis dan gerai jualan makanan dan minuman sahaja.
" Pameran Polis "
Gambar masa melawat kat booth Polis , ader orang yang dok melaram sakan dengan motor polis tu... ahaks besar motor dari tuan...
" Polis 2 "
Post istimewa dengan motor Polis Traffic yang berkuasa besar tu... Kalau bawak motor neh memang la sedap pecut laju semacam jer dia pi... tapi kalau terbalik... mak aiiihhh.. rasanya mau berat nak mampus motor tu.. kiranya kalau terbalik .. kira tinggal saja laa... tak boleh nak angkat...
Lepas puas pusing-pusing kami sekeluarga berehat sebentar sambil tengok konsert Sua Rasa, ramai jugak artis yang datang membuat persembahan pada malam tu seperti 1 Nation FC, Fabelous Cat (betul tak tau aku eja nie), Raihan, Ratu Rock Ella, Azam Idola Kecil dan lagi satu budak pompuan idola kecil tu aku lupa nama dia.
Boleh kata malam 2 hari sua rasa TV9 neh , banyak peniaga-peniaga buat duit sakan selama 2 hari neh
No comments:
Post a Comment