Sosial Sharing


NAK TERIMA DUIT SECARA ONLINE MUDAH DAN CEPAT DAPATKAN AKAUN PAYPAL ANDA SEKARANG !!! Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

 Sedang Usyar jer !!!



Friday, July 29, 2011

Ceramah... Anak Kunci Syurga

Kali ini aku nak ajak korang dengar plak apa kata Ustaz fabret aku ni nak bagi kuliah sikit sama-samala kita dengar sambil ronda-ronda baca entry blog

Audio Satu..


Audio sambungan..


Harap audio nie dapat memberi faedah untuk kita bersama, Credit to: Syeikh Jazimin Aziz


Kalau tak boleh dengar korang boleh download kat sini, guna link nie..


Download 1
Download 2

sambungan ceramah
 Download



online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Thursday, July 28, 2011

HARAM !!!! Mengahwini Wanita Hamil & Surah AlIkhlas

Hari ini aku just nak kongsi sedikit dengan korang kawan-kawan aku yang setia melawat blog yang dah berlapuk nie atau dengan secara tidak sengaja terklik kat mana-mana search engine di internet yang membolehkan and semua sampai ke blog ini.. ermmm Terima Kasih di ucapkan.. jangan lupa nanti datang lagi.. huhuhuhuuh..

Ok la nie mari kita rujuk kepada tajuk diatas diharap korang dapat memahaminya kerana ia akan menentukan keturunan kita di masa hadapan kelak, mai kita renung, renungkan.. layan zassss...


Assalamualaikum...
ILMU UNTUK DIKONGSI Hanya renungan untuk diriku&rakan2 yang beriman dalam mendapatkan kebahagiaan dunia dan kecemerlangan akhirat nanti… 

Fikirkan. Dan amalkan. Dan sampaikan.
 Wallahhualam….



Mengahwini Wanita Hamil


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar
nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini
kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 


Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
 
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?


Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
....................................................................................................................
 
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 


Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada
bayi yang dikandung itu.
.................................................................................................................... 

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan? 


Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
.................................................................................................................... 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
 

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu
tidak sah.
..................................................................................................................... 

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? 


Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................ 

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri? 


Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

......................................................................................................................... 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya? 


Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri? 


Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
...................................................................................................................... 

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious
jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu.
mafhumnya:  Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku
dan matiku,  hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.  ..

KEHEBATAN SURAH  AL-IKHLAS


"Au zubillah  himinashsyaitan  nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:
Aku  berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah  lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat  ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan  keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di  sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda  masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah  Al-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid
walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)  sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca  bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah  berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang  bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap  bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya  menjawab salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad  sa.w : "Barang siapa
membaca  Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah
menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di
langit dan di bumi.  Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari  neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000  kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang  bermaksud:

Barangsiapa  membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia  tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya  dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul  mustaqim lalu menuju ke syurga. 

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 
Rasulullah  SAW pernah  bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya 
Siapakah antara kamu yang dapat   khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? 
Tiada seorang dari  sahabatnya yang menjawab Malah Saiyidina Ummar telah 
mengatakan bahawa  ianya mustahil untuk mengatam Qur'an  dalam begitu cepat .
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina  Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada  waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca  surah
Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga  kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa  Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka  saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi  ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas  dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang  mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah  tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan  kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya  lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: 
Demi Allah yang  jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap  malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s,  Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis  pada sayap
malaikat Israfil a.s. 
Siapa membaca surah Fatihah,  Al-ikhlas,  Al- Falaq & An-annas setiap satu
sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara  dari perkara
keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3
surah ini al-ikhlas, al-falaq and  an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.   

Nota:
 

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham  akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda  Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam  itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang  disampaikannya kepada orang lain.  
        
  

Wassalam.

Diharak kita semua peroleh ilmu yang munafaat.... aminnnnnn ....





online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Saturday, July 23, 2011

Kapal Terbang Jet Kawalan jaun berkuasa Jet Turbine

Kali ini aku nak kongsi dengan korang pasal tajuk kat atas tu, agak-agak korang la bila pulak benda macam nie boleh dimainkan kat Negara kita nie Malaysia, aku rasa kos penyelenggaraan pun ermm memang boleh tahan boleh jadi miskin kalau korang tak ada banyak side income.. huhuhuh

Jom tonton video kat bawah nie.. sebenarnya lama dah aku nak wat post pasal cerita nie... asyik sibuk ja sejak dua menjak nie..

Video 1


Video 2



Ok la cukup rasanya aku tunjuk kat korang dua video nie.. kalau nak tengok lebih banyak lagi  korang boleh la cari kat youtube..



online counter
 Sedang Usyar jer !!!

    

Tuesday, July 19, 2011

Tendangan Penalti Yang Paling Bergaya Tahun 2011

Sudah lama aku tak update blog aku nie, sebab aku tengah kekeringan IDEA nak berblog.. huhuhuhu.

Tapi hari nie aku nak share dengan korang semua pasal bola, 21 July nie Team Malaysia nak lawan dengan Chelsea, agak-agak Team Malaysia boleh jaring gol macam main dengan Liverpool tak?, aku harap Pasukan Malaysia dapat jaring gol pada pelawanan tu nanti ( jangan bagi kena 0 ).

Pernah korang tengok sepakan penalti yang macam nie tak?



Nie mesti makan taun nie dok praktis nak buat tendangan penalti yang macam nie.. huhuhuhu.. kesian penjaga gol...  terkedu beb !!


online counter
 Sedang Usyar jer !!!

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.

Inilah Yang Mesti Anda Tengok..!!!

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
Sila klik gambar di atas tu.

========== Iklan Lain =============

MEN!!! MEN !!! MEN !!!.