Sosial Sharing


NAK TERIMA DUIT SECARA ONLINE MUDAH DAN CEPAT DAPATKAN AKAUN PAYPAL ANDA SEKARANG !!! Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

 Sedang Usyar jer !!!



Monday, February 28, 2011

Terima Kasih Nuffnang Bagi Tiket " Drive Angry "

Tidak terlambat lagi untuk aku berterima kasih kepada Nuffnang kerana bagi aku 2 tiket " Drive Angry " pada 26 Feb 2011 hari tu,

Gambar ikhsan dari " drive-angry-movie-trailer.blogspot.com "

Aku sampai agak awal sekit hari tu, aku dengan bala tentera aku untuk menyerbu TGV kat 1st Avenue, untuk pengetahuan korang semua ini la kali pertama aku menjejak kaki aku kat 1st Avenue walaupun telah lama aku  bertapa kat Pulau Pinang sampai dah berakar tunjang dah lanie.. hahahahaha.

Kat bawah nie aku ada sertakan beberapa keping gambaq yang aku snap masa aku pergi collect tiket free dari Nuffnang hari tu...

" Ini dia 2 tiket percuma dari Nuffnang "


" Ini dia aku punya 2 orang escort..hehehe "

" Escort aku yang kecil sedang bergaya dengan tiket free "

" lagi sekali dengan tiket free Drive Angry "

Aku bawa dua escort aku neh sebab anak2 aku neh belum pernah masuk panggung wayang, nie kira macam pengalaman pertama la buat mereka berdua neh., anak lelaki aku nak ikut juga tapi emaknya tak bagi sebab dia kena pergi tution..huhuhuuh sian dia ( itupun untuk masa depan dia jugak), sebagai upah kat dua escort aku neh abu belanja dia orang makan popcorn dan air sorang satu.. hhuhuhuu...

"Kaunter Nuffnang"

Yang kat atas nie pulak kaunter untuk claim tiket yang di menangi oleh blogger yang telah di sampaikan oleh Cik Wendy kot kalau tak silap laa (aku bukan kenai pun orang Nuffnang kat Penang neh.


Yang ini pula gambar kat depan pintu masuk ke pawagam TGV.

" Pintu masuk ke pawagam TGV"

"kaunter tiket dan kedai popcorn di TGV"

Gambar yang ini pula masa aku berada kat depan TGV cinemas, yang sebelh kiri tu tempat beli tiket wayang dan tempat untuk ambil tiket untuk yang membuat tempahan secara online dan yang sebelah kanan tu ialah lain tak bukan kedai "Popcorn" aku rasa kedai yang wajib dan mesti ada di semua panggung wayang wat masa sekarang neh...

Aku masuk ke panggung pada pukul 3.10ptg dahn habis menontong dalam pukul 5.00 ptg, untuk pengetahuan korang cerita "Drive Angry neh.. memang betul seperti entry sesetengah blogger ceritakan, cerita kurang menarik, kalau korang beli tiket untuk tonton cerita neh memang rugi duit laa, tak bagus untuk tontonan kanak2 dan jalan cerita yang amat mengarut (cerita pasal neraka, setan dan seumpamanya) dalam erti kata lain, korang jangan tengok laa buang masa jer.. harap ke Hero dan Heroin jer gempak.. hhuhuhuhu 

Oklah aku rasa cukuplah untuk hari ini aku cerita pasal tiket free dari Nuffnang neh. Apa-apapun aku ucapkan banyak-banyak terima kasih aku kepada Nuffnang sebab bagi tiket free neh.. kalau ada lagi peraduan menang tiket yang lain harap dapat masuk kedalam email aku untuk aku sertai lagi peraduan menang tiket free neh.. huhuhuuuh





online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Tuesday, February 22, 2011

Cornetto Style.. apa ke haey...macam-macam haey

Ermm.. tengok pada tajuk entry aku kali neh... tak lain tak bukan pasal iklan Cornetto Style di Churpchurp sekarang tengah hangat berlansung.. tengok banner cornetto neh.. kat bawah..

" photo ikhsan dari Facebook-Cornettolove "

Korang boleh join peraduan neh dengan klik jer kat banner tu pastu  "Like" page tu dan kemudian buat bidaan untuk artis kegemaran korang.. huhuhuhuuh kemudia artis tu akan nyanyi lagu terpilih untuk teman hati korang.. huhuhuuuh istimewa tu.. Cepar arrr peraduan bermula 21 Feb dan tamat pada 31 Mac 2011.

Lagi satu nak share dengan korang neh arr iklan yang selalu kuar kat TV tu... Iklan Cornetto.. buka pembalut ice cream kuar lagu.. kreatif betul depa arrr.. kena aku tak sekreatif macam tu. hahahahhaha, Mai kita layan iklan tersebut kat sini plak..... Layan Zassssssss..



apa boleh buat awek yang kat iklan tu pun cemey giler... nasib baik aku tak gila kat awek tu... maunya gamat kat tepi jalan bila semua orang yang beli Cornetto bila buka kuar lagu macam kat iklan tu... hahahahah .. kemas..kemas..



online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Lirik dan Kasih Orang Muda - Fahrenheit

Untuk entry post aku kali ini aku hanya nak share dengan semua rakan blogger yang sering berkunjung keblog ini satu lagu yang aku sangat-sangat suka dengan wat semenjak dua menjak nie, aku dengar lagu nie sampai berulang-ulang  kali tanpa henti bak kata orang sampai telinga naik jemu baru aku tutup lagu neh...

" Photo Credit kepada mp3albumscollection.blogspot.com "


Tajuk Lagu:- Kasih Orang Muda
Kumpulan : Fahrenheit


Mengapa engkau menyusahkan aku
Sebagaimana hari yang ku lalu
Tidak pernahkah kau merasa kasihku
Sudah puas aku memahamimu

1
Sebenarnya perjalanan itu
Menyukarkan diriku
Sememang ada tekanan
Itu lumrah bagi insan yang bernafas

Damai nun di celah mentari
Kehangatannya mengajar aku berani
Sudah kurasakan berani
Dengan cinta yang kau sebut-sebutkan padaku

Hari ini makin kita
Makin kita mengejar dewasa
Lautan di hadapan menanti
Rintangan pasti akan bersemi
Di jiwa kita

( ulang 1 hingga akhir )

Link untuk download : - Klik sini

kalau nak dengar terus kat sini ( akan di update nanti )
 
Aku bukanya apa bila sesuatu yang bagus dan sedap untuk halwa telinga nie memang patut kira kongsikan.... " Sharing is caring " muahahahahah




online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Monday, February 21, 2011

FaceBlog komuniti blogger.. Jom Join

Sebenarnya aku pun tak mau buat ayat banyak-banyak mengenai Faceblog nie.. korang semua boleh join untuk mengetahui apa yang Faceblog nie boleh buat untuk anda...

 Aku dah join korang bila lagi. meih la join....

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH





Tq myvitrd pasal bagi info mengenai FaceBlog neh,



online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Sunday, February 20, 2011

Pasal Makan La Pulak Di MILK A DEAL

Kali ini aku agak tertarik nak buat post pasal makan la pulak... ni gara2 aku masuk Churpchurp sosial kempen, yang pastinya aku tak berpa tau ader restoran seumpana nie kat sini, dari pengamatan aku kat website MILK A DEAL tadi depa neh dah ada cawangan di 3 negeri dah, di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Apa2 apa pun kita layan dia punya kedai dulu..kat bawah neh sebagai pengenalan kepada restoran tersebut.. jeng3x

" picture ehsan dari helloharry.co.cc "

Kat bawah nie aku selit sket antara menu yang ada kat MILK A DEAL neh...

" Asam Laksa "

Yummy Toast dengan Kaya Pandan "

Barley Merah Jambu Istimewa "

" Yang nie Aku Tak tau nama apa hahaha.."

Kalau nak tau menu-menu yang lain dan tawaran diskaun yang hebat-hebat  yang terdapat di MILK A DEAL neh.. sila lawati laman web MILK A DEAL sekarang jugak... huhuhuu cakap banyak pun tak guna... baik tengok sendiri nak lagi best pergi jer kat tempat depa siap dengan boleh rasa lagi...



online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Sunday, February 6, 2011

Kata Kekunci Yang Tidak Di Sangkakan

Hari nie aku ader buka akaun Nuffnang  untuk blog aku neh.. dan aku jumpa kata kekunci seperti diatas tu.. huhuu pelik-pelik jugak org cari blog aku neh dengan kata kekunci yang jarang atau aku rasa tak pernah aku masukkan dalam post blog aku neh... cuba lihat screenshot yang aku ambil dari akaun Nuffnang aku neh...



Cuba korang tengok tu " gambar cikgu smkk " walau pun 1 kujungan jer yang search guna keyword tu.. tapi kira ok la jugak erkk. dari takde orang cari langsung.. hahahahaah.

Aku rasa untuk post-post yang akan datang neh.. aku nak selitkan lagi keyword yang lagi pelik-pelik huhuhu mana la nak tau kot-kot ader jugak yang search nanti boleh la blog aku keluar kat top search tu...mudah-mudahan laa... baru bleh dapat banyak traffic... :)

Lagi satu nak war-warkan kepada pembaca blog aku neh , kalau korang belum ader akaun Churpchurp lebih baik korang dapatkan satu, boleh jugak jana pendapatan secara pasif nanti, bagi yang ader akaun twitter lagi bagus, nak lagi bagus akaun twitter korang tu mestila banyak follower hahahha baru boleh jana lebih wang dengan Churpchurp nanti...

Kalau berminat nak follow aku di twitter klik sini Twitter atbrblog, Add aku sebagai rakan facebook klik sini








online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Thursday, February 3, 2011

Perihal SMS



Hari ini aku nak share dengan korang pasal satu sms yang aku terima ,yang telah di forwardkan dari kawan aku ke henpon aku yang seperti berikut kat bawah nie..

" Assalamualaikum... Tlg jgn di hps sms ini
dari ibu said (juru kunci Mekah)
ia bermimpi, ketemu Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W.
Dlm mimpi itu beliau berpesan kuatkan akidah dlm ibadah
krn dunia sdh goyah dan tua jgn tinggalkan solat setiap waktu,
Tlg sebarkan sms ini kepada 20 muslimat, Insyaallah anda akan
mendapat rezeki dan kekayaan yang tidak disangkan... dan ada lgi..."
(lupa dah apa lagi sebab  msg tersebut dah aku delete)

Bagi korang semua la boleh percaya ka sms macam nie jika kita tak forwardkan pada 20 rakan kita akan mendapat kesusahan (begitu lah maksud msg tu..)

Tapi aku ader la jugak forwardkan pada kawan2 aku tapi setelah di ubah suai sikit laa lebih kurang macam kat bawah nie...


"Assalamualaikum... Tlg jgn di hps sms ini
dari ibu said (juru kunci Mekah)
ia bermimpi, ketemu Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W.
Dlm mimpi itu beliau berpesan kuatkan akidah dlm ibadah
krn dunia sdh goyah dan tua jgn tinggalkan solat setiap waktu,
Tlg sebarkan sms ini kpd muslimin muslimat Insyaallah Anda
akan dapat keberkatan. Demi Allah Tuhan  Seluruh Alam. "





online counter
 Sedang Usyar jer !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Inilah Yang Mesti Anda Tengok..!!!

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
Sila klik gambar di atas tu.

========== Iklan Lain =============

MEN!!! MEN !!! MEN !!!.